Monday 18 March 2013

Hoki Malaysia vs Australia

17 Mac lepas aku, luqman dan hakim bergerak ke Stadium Hoki Ipoh nak tengok game final antara Malaysia dengan Australia.. Memang penuh parking waktu tuh sampai terpaksa mai letak je kereta dengan harapan x ada nk kena saman.. Hahaha.. Waktu tu jam da menunjukkan pukul 8.10PM..

Lepas park keta kat tempat yang agak lapang, kami bergerak pantas kat stadium.. Sampai2 je, perhhh full house.. Tepaksa kami yang lebihan yang datang lambat ni bertenggek dekat panghadang dekat sebelah padang.. Tepaksa duduk mencangkung tahan lutut.. Hanya Allah saja tahu betapa perit dan sakitnya lutut aku waktu tu.. Dekat sejam duduk mcm tu.. Dah tahan kasut dekat lutut pon still rasa sakit dan kebas.. X tahan punya pasal sempat tengok 1st half je.. Dah surrender untuk second half..

Walaupun Malaysia kalah sebab goal last minute dari pemain Australia, pemain Malaysia malam tuh memang menunjukkan semangat x menyerah kalah.. Mungkin bukan rezeki Malaysia untuk menang malam tuh.. X apa cuba lagi tahun depan guys!! =)





Sunday 17 February 2013

Hasil Luqman - Majlis Resepsi Hisham & Salsabila

Dua minggu lepas, Luqman dapat tugasan pertama dia as a photographer dalam wedding event.. So, dia bagi la gambar2 untuk aku edit kan untuk dia.. Biasa la ada beberapa gambar yang x menarik tu lumrah lah.. X semua perfect kan??

- Dia ada bagi tau budak2 kat situ dok tendang2 dia.. Hahaha nasib unk x tendang dorang balek man.. Sabor2.. Biasa la.. Macam2 dugaan akan timbul.. At least unk da dapat pengalaman.. X macam aku..

-Aku Insya Allah 25 Mac depan.. Itu pun sebab kak aku nk bertunang.. So ini je lah dapat tunjuk.. Xda lah pro mana pon cuma buat yang terbaik..

Photographer : Luqman
Editor : Shamil


|
|
|
|
|
|



Peace v(^_^)v --------



Sunday 6 January 2013

Mood Edit Meng-Edit

Malam2 gini mula dia mai mood nak edit gambaq.. Cek x da lah pro sangat nak edit meng-edit ni.. Cuba buat yang terbaik je..





Ok tu je yang dapat edit.. Hahaha.. Maaf lah x berapa cantik pon.. Merapu je lebih.. Peace v(^_^)v

Wednesday 2 January 2013

KK to Teluk Intan to Bidor to Gunung Lang Ipoh to KK

29 Disember, aku dengan Luqman memang dah x tahu hala tuju nak kemana.. Hakim plak x dapat nk outing bersama sebab kerja nak kumpul duit nak Outing Cameron Highland bulan Januari ni.. So kami berdua je lah.. Punya boring, amek keputusan pegi Teluk Intan.. Our 1st destination is Teluk Intan.. Sampai lah kami ke Menara Condong ni =)


Dalam masa yang sama, ada plak satu booth hadapan menara ni dok jual moto.. Dari CC yang rendah sampai la ke CC yang tinggi.. So Luqman pon try la naik sebijik moto Kawasaki ER6N.. Tengok harga boleh tahan.. Tak silap dalam RM35k kot..


Sampai la ni Luqman dok berangan nak beli moto nie sampai aku pon terkena virus rasa nak beli jugak.. Alahai.. Hahahaha.. Lepas tu bergerak la balek.. Saja pusing amek jalan jauh, engat nak cari susur keluar highway.. Tapi ntah macam mana boleh terlepas ke bidor.. Then patah la balek ke Utara.. Tengok jam pon masih awal, jadi singgah la ke Gunung Lang.. Kali ni dapat pegi ke sebaran sana yang kononnya ada burung unta, rusa.. Memang ada pon.. Huhuhuh.. Ada dua buah menara x silap yang kita boleh naik pehtu tengok dari atas kawasan Gunung Lang.. Maaf gambar nye x ada sebab cameraman letih so malas nk amek.. Hahahaha.. Lepastuuuu............ Balek Kuala Kangsar balek la... :p
(Gambar di atas telah di edit)


Wednesday 26 December 2012

Mahabbah Sunnah Rasulullah Siri Ke 2

20 Disember lepas aku bersama Luqman join jemaah Persatuan Pengajian Islam ke Masjid Abdullah Fahim Bertam bagi sambutan Mahabbah Sunnah Rasulullah.. Pakaian putih digalakkan.. So x dak jubah/baju putih, terpaksa la pakai mana yang ada.. Luqman ada jubah tapi kaler hitam..

Dua tetamu utama malam tu adalah Syeikh Usamah Sae'edan Abu Anas Ad-Damsyiqi dari Syria dan Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Haji Mohd Romli dari Malaysia.. Selepas solat Isyak berjemaah, di dengarkan dahulu aluna qasidah dari Darul Hadis kemudia barulah Tausihah dari kedua-dua orang Syeikh tadi..

Sangat seronok seperti berada d suatu tempat yang sangat damai.. Berpakaian serba putih yang bersih.. Warna kesukaan baginda Muhammad s.a.w.. Da habes semua, keluar dari masjid usha2 gerai kat luar.. Sempat la borong satu botol kecik minyak wangi.. Abg tu cakap minyak wangi madu.. Emm EMmmm.. :)





















Wahai anakku, duduklah dengan para ulama dan rapatkanlah lututmu dengan mereka kerana Allah akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah akan menghidupkan tanah yang gersang dengan curahan air hujan dari langit”
(Luqmanul Hakim)



Sunday 16 December 2012

"Off Road" Taman Tasik Taiping

Setelah pusing2 dekat 3 4 kali dekat Taman Tasik Taiping, akhirnya terjumpa tempat ni.. Haha.. Maaflah walaupun selalu pegi Taiping tapi x penah tahu pon ada tempat ni.. Walau apa pon, bagi aku (Shamil), ini lah tempat yang paling best kalo nak melepak.. Memandangkan pegi pon sorang2, memang syok la sambil layan feeling..
Tengok plak abg besar abg besar yang main dan most of them adalah chinese, well itu x jadi masalah untuk kita berada bersama dorang main sekali kalau korang ada kereta kontrol mcm dorang ada.. Maybe agak mahal yang mampu mencecah puluhan ribu ringgit, tapi x ada pon akan kehilangan nyawa dari merempit sana sini.. Ye dakk? Hahaha..

Ok la ada la sedikit gambar yang diambil untuk tatapan korang.. Kalo berminat, boleh lah datang ke tempat ni.. Berhampiran dengan Taman Tasik Taiping.. Secara detail tu, emm x dapat nk pastikan dekat mana.. Korang pusing2 lah Lake tu korang akan nampak kereta kecil ni berterbangan/melompat2 sambil ber-racing =)














Minggu depan maybe pegi lagi outing ke Lake.. Tapi kali ni bertiga.. Insya Allah =)

Friday 14 December 2012

Teluk Batik, Lumut, Hutan Paya Bakau dan Teluk Senangin In One Day

Masa cuti semester di habeskan oleh Shamil dengan pergi ke Teluk Batik, Hutan Paya Laut, Lumut, dan Teluk senangin.. Dalam masa satu hari je Shamil pegi ke semua tempat nieh.. Agak kurang siuman di situ.. Well memandangkan cuti tak buat apa-apa, jadi ini je lah aktiviti yang boleh shamil buat.. Masa tu pergi bersama 3 orang lain yang gambar2 mereka terpaksa di privatekan.. =)

Ini je lah gambar-gambar yang dapat Shamil sediakan.. Tak banyak pon.. Tapi nak kata menarik tu, emm emm boleh la eh.. Hahahaha























Sekali terlupa letak siggy at every pictures.. Ya Allah.. Ni la jadinya bila kalot sangat wat kerja.. X apa lah.. Nanti letak bila upload yang baru.. Heuheu.. Thanks for walking into my blog..  =)